Hanya beberapa hari je lagi menjelang 17 Jun 2011. Hanya Allah yang tahu betapa berdebar-debarnya menunggu tibanya hari itu. Mesti ramai yang tertanya apa yang pentingya hari tersebut??? Hanya golongan yang terlibat sahaja yang mengetahui =).
Sebelum itu, mari kita bercerita tentang lumrah kehidupan. Sebagai seorang Islam, kita tidak dapat lari daripada ujian yang diturunkan oleh Allah SWT kepada hambanya tanpa mengira umur.
Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama.
Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.
Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.
Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]
Apabila seseorang itu berumur paling kecik 5 tahun turut menerima ujian daripada Allah AWT tetapi dalam bentuk yang lebih ringan iaitu akan dihantar kesekolah bernama tadika. Dan disitu bermulanya seseorang itu akan menjalani ujian dalam bentuk peperiksaan (exam) sehinggalah menamatkan pengajiannya.
Apabila seseorang itu mengambil exam, perkara yang paling digeruninya adalah menunggu keputusan peperiksaan itu sendiri. Hahaha. Sudah tentu, anda dapat mengagak peristiwa apa yang akan berlaku pada 17 Jun 2011 kan??
YUp, tepat sekali, saya akan menerima keputusan peperiksaan semester 4 saya. Doakan kejayaan saya taw!!! =)
